comrades

Friday, June 25, 2010

Berita Harian Online | Penerbit Selamat Pagi Malaysia terbunuh

Pada hari Selasa yg lepas, bersamaan 22 June 2010, my family telah kehilangan seorang ahli keluarga, iaitu, my uncle, Allahyarham Noor Azaha Rasadi telah mengalami kemalangan yang telah meragut nyawanya di tempat kejadian. Apa yang menyayat hati, arwah sempat menelefon kakaknya, iaitu my makcik untuk meminta maaf. Sebelum itu, arwah pernah berkata bahawa dia amat penat dan ingin berehat. Mungkin itu satu petanda. Arwah telah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Anak2nya ialah, Amirul, Umar Khalid, dan Nabiha.


Turut menyiarkan berita kematian arwah Harian Metro, walaupun banyak kesalahan fakta berlaku, contohnya, Allahyarham tidak belok, sebaliknya dirempuh dari belakang. Siasatan polis sedang dijalankan bagi menyiasat kecuaian pemandu yang terbabit tersebut



KUALA KUBU BHARU: “Arwah meminta kami memainkan lagu ‘Selamat Tinggal’ yang dipopularkan kumpulan Titiwangsa pada era 1970-an setelah selesai rancangan Selamat Pagi Malaysia semalam. Tidak sangka itu kenangan terakhir,” kata Mohd Rozaimi Mohd Said, 30.
Beliau adalah rakan kepada Penerbit Selamat Pagi Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Noor Azaha Rasadi, 33, yang maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu, Ahmad Saad, 51, dan isterinya, Norishah Arshad, 50, di Kilometer 59, jalan Kuala Lumpur-Ipoh, pada jam 1 tengah hari semalam.
Menurutnya, dia berpesan kepada beberapa rakan di studio agar sentiasa rajin bekerja dan memastikan siaran disajikan kepada penonton sentiasa terbaik.

Katanya, setelah selesai bertugas, dia bermesyuarat bersama krew lain sebelum bertolak pulang ke rumahnya di Behrang, Tanjung Malim.

“Dia adalah seorang periang dan suka membantu rakan lain. Dia menjadi pendiam sejak akhir-akhir ini. Pada hari kejadian juga, kami sudah menyediakan lagu lain sebagai penutup rancangan tetapi arwah mahukan juga lagu Selamat Tinggal,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu, semalam.

Turut menziarahi jenazah ialah lebih 50 penerbit, penyampai dan rakan arwah dari RTM.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Yahya Affandi berkata, mangsa gagal mengawal kenderaannya ketika berada di garisan tengah jalan sebelum dirempuh kereta dipandu Ahmad di bahagian pintu tempat duduk pemandu.

“Mangsa yang mengalami pendarahan di kepala patah tengkuk dan mati di tempat kejadian.

“Sepasukan anggota Bomba dari Balai Kuala Kubu Bharu mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu,” katanya.


Di Harian



Berita Harian Online | Penerbit Selamat Pagi Malaysia terbunuh

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails